Mobile Legends: Professional League MY/SG Kembali untuk Musim Kedua Dengan Hadiah Sebesar USD100,000+

Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY/SG (MPL MY/SG) bakal kembali semula untuk musim kedua bermula pada 14 Jun ini. MPL musim kedua ini akan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat kelayakan terbuka, peringkat regular dan peringkat playoff

Sebanyak 3 pusingan kelayakan terbuka akan diadakan bermula pada 14 Jun sehingga 8 Julai kelak dengan 2 daripadanya akan diadakan di Malaysia manakala Singapura mendapat satu pusingan sahaja. Bagi pusingan kelayakan Malaysia, pemenang bagi pusingan semifinal akan mara terus ke peringkat regular. Pasukan yang tewas pula akan bertemu bagi menentukan tempat ketiga. Pemenang tempat ketiga ini kemudiannya akan mara ke pusingan wildcard bagi menentukan slot terakhir untuk mara ke peringkat regular.

Secara keseluruhannya, 6 pasukan akan mara ke pusingan regular. Di pusingan regular, mereka akan digabungkan dengan 4 pasukan daripada MPL musim pertama iaitu pasukan Bigetron SG (IDNS SG), Flash Tyrants (Tyrants), AirAsia Saiyan dan Mystic Burden. Pusingan ini akan diadakan di dalam format Round Robin dan mata akan diberikan mengikut keputusan yang diperoleh.

Baca Juga :   Clash Royale Terima Kemaskini Musim Panas - Mod 2 vs 2, Dek Tambahan Dan Kad Legendary Baru

2 pasukan dengan mata terendah di akhir musim akan tersingkir dan 8 pasukan teratas akan mara ke pusingan playoff. Di peringkat ini, pasukan akan disusun mengikut mata terkumpul mereka dan akan berlawan menggunakan format Double Elimination. Bagi musim kedua ini, Moonton telah menyediakan hadiah keseluruhan melebihi USD100,000+ (~RM398,940).

Layari : MPL MY/SG Musim Kedua

Leave a Comment