Youtuber Hasilkan Trailer Filem Avengers : Infinity Wars Menggunakan Rakaman Permainan Overwatch

Marvel dan Overwatch? Bagaimana jika filem Avengers : Infinity Wars dihasilkan oleh Blizzard mengunakan karekter Overwatch? Jawapannya adalah suatu kombinasi yang amat hebat kerana seorang Youtuber telah menghasilkan trailer filem tersebut menggunakan rakaman video Overwatch.

Youtuber Salty Phish telah mengambil pelbagai rakaman permainan Overwatch dan menyuntingkannya untuk selari dan bersesuaian dengan trailer Avengers : Infinity Wars. Beliau berkata bahawa idea menghasilkan trailer ini hadir selepas melihat sebuah lagi trailer Infinity Wsrs yang dihasilkan oleh peminat mengunakan rakaman filem Coolio’s “Gangsta’s Paradise.”

Baca Juga :   Blizzard Umum Overwatch Open Division - Program Bagi Mereka Yang Mahu Menjadi Pemain Profesional

Pengarah permainan Overwatch, Jeff Kaplan juga sebelum ini telah berkata bahawa mereka juga berminat untuk menghasilkan filem khas Overwatch dan ianya adalah suatu yang tidak mustahil. Jutaan peminat permainan tersebut sudah pasti akan gembira sekiranya perkara ini menjadi kenyataan kelak.

Sumber: Dot Esports

Leave a Comment

%d bloggers like this: