OpTic Gaming Tandatangani 4 Orang Pemain, Fnatic Buka Permohonan Untuk Menyertai Pasukan Fortnite

Semenjak Epic Games mengumumkan peruntukan menghampiri RM400 juta untuk hadiah kejohanan kejohanan Fortnite Battle Royale akan datang, berpusu pusu organisasi e-sukan mengumumkan penubuhan pasukan Fortnite masing masing.

Yang terbaru mengikut trend ini adalah organisasi e-sukan Amerika Utara, OpTic Gaming yang telah menandatangani empat orang pemain baharu bagi membawa nama organisasi mereka di kejohanan Forntite BR kelak. Berikut merupakan senarai pemain bagi pasukan OpTic Gaming Fortnite:

  • Kenneth ‘BaldyKun’ Anderson
  • Robert ‘WizKay’ Simone
  • Marco ‘MarkyWap’ Soto
  • Dade ‘Dramas’ Lesch

Sementara itu, sebuah lagi organisasi e-sukan ternama, Fnatic turut sama mahu terjun ke dunia kompetitif Fortnite Battle Royale apabila mengumumkan mereka akan melakukan sesi permohonan terbuka di acara E3 tidak lama lagi.

Fnatic sebelum ini telah menandatangi seorang pemain Fortnite, Johan ‘Ettnix’ Bengtsson pada bulan April lalu. Beliau akan menjadi kapten pasukan baharu ini selepas kesemua ahli diperolehi nanti.

Baca Juga :   Siri Summer Skirmish Akan Terus Berjalan - Kali Ini Dengan Hadiah Sebesar RM2 Juta

Taktik Epic Games mengunakan duit dan selebriti bagi memperkembangkan arena kompetitif e-sukan Fortnite dilihat berjaya menarik pelbagai organisasi e-sukan untuk melabur menubuhkan pasukan bagi permainan itu. Walaupun maklumat lengkap mengenai format dan perincian kejohanan yang bakal dianjurkan masih lagi belum diumumkan, perlbagai organisasi seperti FaZe Clan, Envy dan Team Liquid telah mengumumkan pasukan masing masing.

Namun begitu, sepertimana permainan PUBG, Fortnite masih perlu mencari solusi bagi masalah penyiaraan dan cara memudahkan para penonton melihat pasukan atau pemain kegemaran mereka. Menyiarkan 100 orang pemain pada satu satu masa masih menjadi kekanggan utama bagi permainan bergenre Battle Royale.

Leave a Comment

%d bloggers like this: