Geek Fam Ambil Alih Pasukan PUBG Stadium Fighter Malaysia

Salah sebuah organisasi e-sukan tempatan, Geek Fam hari ini telah mengumumkan pengambil alihan pasukan PUBG, Stadium Fighter Malaysia. Pasukan Stadium Fighter Malaysia sebelum ini pernah bertanding di kejohanan PUBG ZIMO Australia Invitational 2018 pada bulan April lalu.

Di kejohanan tersebut, pasukan Stadium Fighter Malaysia bermain di bawah nama Orange Esports bersama sama dengan sebuah lagi pasukan dari Malaysia iaitu The Face Gaming. Mereka menamatkan kejohanan tersebut di tempat ke-18 kejohanan.

Baca Juga :   ESL Dan Bluehole Umum Gamescom PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS Invitational

Selain daripada pasukan PUBG baharu ini, Geek Fam turut sama mempunyai pasukan Dota 2 dan League of Legends. Berikut merupakan barisan pemain pasukan baharu Geek Fam PUBG:

  • Muhammad “JangsxMan” Farhan
  • Muhammad Izzuan “KnyGod” Safwan
  • Raziq “ModyX” Azraei
  • Muhammad “Savior” Hazwan (S4vior)

Leave a Comment

%d bloggers like this: