Valve Umum Perubahan Dan Butiran Musim Dota 2 Pro Circuit 2018-2019

Kejohanan terakhir untuk musim pertama Dota 2 Pro Circuit sedang berlangsung pada ketika ini di Shanghai. Dan sebelum itu, 21 buah kejohanan telah dianjurkan untuk musim sulung yang padat ini. Dota 2 kini telah mendedahkan perancangan dan butiran mengenai musim kedua Dota 2 Pro Circuit yang akan bermula pada 15 September kelak selepas tamatnya kejohanan The International 2018.

Menerusi pengumuman di blog rasmi Dota 2 itu, Valve menyatakan fokus mereka kini adalah kepada musim yang lebih berstruktur, fleksibiliti pada pengurusan barisan pemain dan menambah baik pembahagian masa antara setiap kejohanan yang akan dianjurkan kerana kepadatan penganjuran kejohanan kejohanan pada musim pertama ini menerima rungutan para peminat dan pemain.

Untuk musim 2018-2019, para pemain tidak lagi akan dikunci dibawah sesebuah pasukan dan tidak akan tersingkir dari DPC sekiranya melakukan perubahan pemain. Mata DPC untuk musim kedua ini tidak lagi dimiliki oleh pemain tetapi kini diberikan kepada pasukan. Setiap pemain yang keluar atau dibuang dari pasukan akan mengurangkan mata pasukan sebanyak 20%. Namun begitu, pengambilan pemain baharu tidak akan menambah sebarang mata.

Pasukan yang bermain di acara DPC tanpa pemain yang didaftarkan pula akan menerima 40% mata lebih sedikit berbanding biasa. Bagi psingan kelayakan untuk acara acara DPC pula, setiap pasukan mestilah bermain bersama dengan sekurang kurangnya 4 daripada 5 pemain yang didaftarkan.

Pemilikan pasukan juga menjadi fokus pada musim kedua kelak apabila Valve kini menghendaki setiap organisasi/pemilik untuk hanya menghantar sebuah pasukan sahaja ke kejohanan The International 2019. Peraturan baharu ini juga termasuk kepada para pemain yang mempunyai pemilikan didalam organisasi/pasukan mereka. Pasukan pasukan bebas untuk bertanding di semua acara DPC namun hanya sebuah pasukan dari setiap pemilik/organisasi sahaja yang layak menyertai The International 2019 nanti.

Baca Juga :   Team Secret Sah Jemputan Terus Ketiga Kejohanan The International 2018

Akhir sekali, penganjuran kejohanan Major dan Minor untuk musim 2018-2019 akan diadakan secara berpasangan. 5 pasang kejohanan dirancang akan diadakan sepanjang musim akan datang. Pusingan kelayakan untuk kejohanan Major akan diadakan terlebih dahulu dan pasukan yang gagal melepasinya akan berpeluang untuk menyertai pusingan kelayakan kejohanan Minor.

Namun begitu, pusingan playoff kejohanan Minor(acara utama) akan diadakan terlebih dahulu kerana pemenang kejohanan Minor ini akan menerima slot untuk bertanding di kejohanan Major selepas itu. Perubahan ini adalah untuk membolehkan setiap pasukan menerima mata DPC dan tiada lagi dominasi sesebuah pasukan di setiap kejohanan. Untuk musim akan datang ini juga tiada jemputan terus akan diberikan kepada mana mana pasukan. Berikut merupakan rajah mempamerkan perjalanan bagi kedua dua kejohanan major dan minor.

Berikut merupakan perancangan penganjuran kejohanan untuk musim Dota 2 Pro Circuit 2018 – 2019:

  • Sep 17-Sep 21: Kelayakan Major
  • Sep 23-Sep 26:Kelayakan Minor
  • Okt 29-Nov 4: Acara Utama Minor
  • Nov 8-Nov 19: Acara Utama Major

  • Nov 26-Nov 30: Kelayakan Major
  • Dec 1-Dec 4:Kelayakan Minor
  • Jan 7-Jan 13: Acara Utama Minor
  • Jan 17-Jan 27: Acara Utama Major

  • Feb 1-Feb 5: Kelayakan Major
  • Feb 7-Feb 10:Kelayakan Minor
  • Mac 4-Mac 10: Acara Utama Minor
  • Mac 14-Mac 24: Acara Utama Major

  • Mac 28-Apr 1: Kelayakan Major
  • Apr 3-Apr 6: Kelayakan Minor
  • Apr 22-Apr 28: Acara Utama Minor
  • Mei 2-Mei 12: Acara Utama Major

  • Mei 15-Mei 19: Kelayakan Major
  • Mei 21-Mei 24: Kelayakan Minor
  • Jun 10-Jun 16: Acara Utama Minor
  • Jun 20-Jun 30: Acara Utama Major

Leave a Comment