Wakil Malaysia Untuk League of Legends Dan Arena of Valor Di Sukan Asia 2018 Diumumkan

Penghujung Mei lalu, barisan pemain bagi beberapa buah permainan demonstrasi e-sukan yang bakal mewakili Malaysia untuk Sukan Asia 2018 telah didedahkan iaitu bagi permainan PES 2018, Clash Royale, Starcraft II dan Hearthstone.

Kini, baki dua lagi permainan iaitu League of Legends dan Arena of Valor juga telah diumumkan barisan pemainnya. Pemilihan para pemain ini telah dilakukan oleh Garena Malaysia dan juga ketua jurulatih Liga League of Legends Championship Malaysia (LCM).

Barisan pemain bagi kedua dua permainan ini adalah gabungan daripada beberapa pasukan tempatan seperti Kuala Lumpur Hunters dan FrostFire untuk League of Legends dan Team Resurgence, FrostFire, Team Saiyan dan Tamago untuk Arena of Valor. Berikut merupakan pemain pemain yang telah terpilih.

League of Legends:

  • Chan ‘ArrHedge’ Roonghan
  • Eric ‘Qaspiel’ Sia
  •  Adrian ‘Shiro’ Lee
  •  Poon ‘OzoraVeki’ Kok Sing
  •  Tee ‘Xeno’ Chen Yen 
  •  Jonathan ‘XARE’ Chan
Baca Juga :   LoL Cipta Figura Aksi Khas Bersempena Dengan Video Muzik RISE

Arena of Valor:

  • Winson “Lnky” Lim
  • Yeong Kiat “Muachi” Sim 
  • Ce Yon “Love” Foo
  • Chia “LCC2” Chien Lai 
  • Chin “TaintedOnes” Wei Song
  • Poh “Unkind” Jing Sheng  (IceKacang)
  • Jacky “MrJQ” Ng (Jurulatih)

Sementara itu, wakil Malaysia yang lainnya yang telah memenangi pusingan kelayakan kebangsaan tempoh hari adalah seperti berikut:

  • Starcarft II : Ranger
  • Clash Royale : xXderekproXx
  • Hearthstone : Sonic
  • PES 2018 : Alpha Gaming (Mohamad NorHaikal bin Mohamad Noh & Muhamad Khairul Bin Abdul Aziz)

Kesemua pemenang ini akan mara ke pusingan kelayakan Asia Tenggara bagi merebut slot terhad yang disediakan kepada rantau ini. Pemenang pusingan kelayakan Asia Tenggara ini kemudiannya  akan mara untuk bermain di Sukan Asia 2012 di Jakarta-Palembang pada bulan Ogos kelak.

Sumber: Prime Live

Leave a Comment

%d bloggers like this: