Mineski, Newbee Dan Vici Gaming Sah Tiket Ke Kejohanan The International 2018

Hari pertama pusingan playoff China Supermajor memperlihatkan Team Liquid dan Team Secret kekal berada di upper bracket selepas menewaskan lawan masing masing. Dengan kemenangan mereka ini, salah sebuah dari kedua pasukan ini akan mara ke pusingan tiga terbaik sekaligus mencuri baki mata Dota 2 Pro Circuit dari menjadi rebutan.

Dengan hilangnya mata DPC ini kelak, jumlah mata yang diperlukan oleh pasukan pasukan yang mahu melayakkan diri ke kejohanan The International 2018 kini telah menurun sekaligus memperlihatkan tiga pasukan kini telah layak menerima jemputan terus secara matematiknya.

Baca Juga :   PSG.LGD Bawa Pulang Piala Major Pertama Untuk China

Tiga pasukan tersebut adalah Mineski, Newbee dan Vici Gaming. Mereka akan menyertai pasukan Virtus.Pro, Team Secret, Team Liquid dan PSG.LGD yang telah mengesahkan tempat mereka sebelum ini. Kini hanya tinggal satu lagi slot menjadi rebutan diantara pasukan TNC Pro Team, VGJ.Thunder dan OpTic Gaming.

Kemaraan pasukan Mineski ini juga memperlihatkan 4 pemain dari Malaysia kini sah akan bermain di kejohanan The International 2018 iaitu Midone(Team Secret), Xnova(PSG.LGD), Mushi dan Moon (Mineski).

Leave a Comment

%d bloggers like this: