Dota 2

Loda Umum Persaraan Rasmi – Kekal Bersama Alliance Sebagai Jurulatih

2 tahun lalu

Loda Umum Persaraan Rasmi – Kekal Bersama Alliance Sebagai Jurulatih

Beberapa hari lepas, Jimmy “DeMoN” Ho mengumumkan persaraan dari dunia kompetitif Dota 2. Kini, seorang lagi pemain lama Dota 2, Jonathan ‘Loda’ Berg mengikut jejak langkah beliau bersara dari menjadi pemain profesional.

Loda telah bermain bagi pasukan Alliance semenjak tahun 2013 lalu. Beliau boleh dikatakan adalah wajah bagi organisasi Alliance kerana kesetiaan beliau itu. Loda bagaimanapun akan kekal di Alliance sebagai jurulatih pasukan.

Pasukan Alliance juga secara rasminya mengumumkan pemain baharu bagi organisasi tersebut bagi mengantikan Loda iaitu Maximilian ‘Qojqva’ Broecker. Pasukan yang digelaran sebagai generasi baharu ini juga diumumkan akan mengandakan kem latihan khas di Gothenburg, Sweden bagi menghadapi pusingan kelayakan The International.

  1. Michael ‘miCKe’ Vu 
  2. Maximilian ‘Qojqva’ Broecker 
  3. Samuel ‘Boxi’ Svahn 
  4. Tommy ‘Taiga’ Le 
  5. Aydin ‘iNSaNiA’ Sarkohi 
  6. Jonathan ‘Loda’ Berg (Jurulatih)

Sumber : Alliance

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments