Ana Kembali Sertai Pasukan OG – Topson Isi Kekosongan Terakhir

OG umum barisan pemain baharu sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The Interntional 2018. Selepas kehilangan S4 dan Fly yang pergi menyertai pasukan Evil Geniuses, OG kini mengisi kekosongan itu dengan menagih tenaga bekas pemain mid mereka sebelum ini iaitu Anathan “ana” Pham. 

Ana meninggalkan OG selepas tamatnya kejohanan The International 2017 lalu dan kemudiannya menyertai beberapa buah pasukan seperti Team World dan Echo International. Namun begitu, beliau tidak menemui sebarang kejayaan besar seperti masanya sepanjang bersama pasukan OG. Namun begitu, beliau kini akan bermain di posisi 1 iaitu sebagai hard carry bagi pasukan.

Baca Juga :   Resolut1on - Pemain Mid Baharu Untuk Pasukan OG

Melengkapkan pasukan ini di posisi mid pula adalah Topias “Topson” Taavitsainen, pemain yang berasal dari Finland. Beliau sebelum ini bermain bagi pasukan 5 Anchors No Captain dan aktif menyertai kejohanan kejohanan di sekitar Eropah.

Pemain carry sedia ada,  Johan “N0tail” Sundstein pula akan bertukar ke posisi 5 untuk bermain sebagai pemain support pasukan. Jesse “JerAx” Vainikka akan kekal di posisi 4 manakala bekas jurulatih pasukan itu, Sébastien “7ckngMad” Debs pula bermain di posisi 3.

  1. Anathan ‘ana’ Pham
  2. Topias ‘Topsen’ Taavitsainen
  3. Sebastien ‘7ckngMad’ Debs
  4. Jesse ‘JerAx’ Vainikka 
  5. Johan ‘n0tail’ Sundstein

Leave a Comment

%d bloggers like this: