Tonton Fasiliti Latihan Berkelas Tinggi Team Liquid – Alienware Training Facility

Nvidia Geforce selaku penaja bagi organisasi e-sukan Team Liquid baru baru ini telah melawat pusat latihan berkelas pertama bagi organisasi tersebut iaitu Alienware Training Facility

Terletak di Los Angeles,  pusat latihan ini dikuasakan oleh Alienware Aurora dan Nvidia Geforce dan dipenuhi dengan perkasasan berteknologi tinggi. Di fasiliti ini, mereka mempunyai bilik peperangan (War Room) khas untuk permainan utama mereka seperti Dota 2, CSGO dan League of Legends.

Baca Juga :   Digital Chaos Dijenamakan Semula Kepada Chaos

Selain daripada itu, pusat latihan ini juga mempunyai dapur dan chef khas yang menyediakan makanan kepada staf dan pemain. Ia juga mempunyai studio khas 1UP Studio dimana segala perkara berkaitan penghasilan kandungan akan dilakukan di studio ini.

Tonton video lawatan pusat latihan ini dibawah bersama sama dengan Co-CEO Team Liquid iaitu Steve Arhancet dan rasakan kehebatan salah sebuah organisasi e-sukan terbaik di dunia.

Leave a Comment

%d bloggers like this: