20,000 Tiket Perlawanan Akhir Liga Overwatch Habis Dijual

Liga Overwatch bakal tamat dengan bergaya apabila Blizzard secara rasminya mengumumkan bahawa kesemua 20,000 tiket untuk perlawanan akhir Liga Overwtach telah terjual.

Perlawanan akhir musim pertama Liga Overwatch itu akan diadakan di  Barclays Center, Brooklyn, New York pada 27 dan 28 Julai (waktu tempatan) ini. Enam pasukan akan bertanding di pusingan playoff yang akan bermula pada 11 Julai kelak bagi menentukan dua pasukan akan mara ke Barclays Arena bagi merebut kejuaraan sulung liga Overwatch.

Baca Juga :   Overwatch Jana Hampir RM40 Juta Untuk Kempen Khas Pertubuhan Penyelidikan Kanser Payudara

Selain daripada perlawanan akhir tersebut, sebuah lagi perlawanan khas akan turut diadakan iaitu perlawanan All-Stars. Perlawanan ini akan memperlihatkan pasukan Atlantic All-Stars dan Pacific All-Stars berhadapan sesama mereka. Barisan pemain bagi kedua dua pasukan ini akan ditentukan menerusi undian para peminat.

Leave a Comment