“AirAsia Akan Tubuh Pasukan E-sukan, Liga dan Pusat E-sukan Tersendiri” – Dato’ Kamarudin

Syarikat penerbangan AirAsia bukanlah asing lagi di dalam arena e-sukan, selain daripada mempunyai kelab e-sukan tersendiri iaitu AirAsia Allstar Esports Club, mereka juga telah menaja pasukan Dota 2 Mineski. Tony Fernandes, CEO syarikat tersebut juga merupakan pemilik terbesar didalam pasukan Mobile Legends Bang Bang, iaitu AirAsia Saiyan.

Kini, Dato’ Kamarudin bin Meranun, pengerusi AirAsia dan CEO Tune Group menerusi laman Instagram beliau telah mengumumkan bahawa AirAsia bakal menubuhkan pasukan e-sukan tersendiri disamping menubuhkan liga dan pusat e-sukan tersendiri.

Namun begitu, tiada perincian didedahkan pada ketika ini mengenai pengumuman ini. Airasia dilihat mahu terjun sepenuhnya ke dalam arena e-sukan dan perkara ini sudah tentu akan memberikan kesan positif di dalam arena e-sukan tempatan. Penglibatan syarikat korporat seperti ini adalah dialukan bagi mmebolehkan industri e-sukan tempatan berkembang dengan lebih pesat lagi.

Leave a Comment

%d bloggers like this: