OpTic Gaming Dipilih Ganti OG Di China Supermajor

Semalam pasukan OG kehilangan dua orang pemain mereka iaitu Fly dan S4 yang berpindah menyertai pasukan Evil Geniuses. Akibat daripada itu, pasukan itu terpaksa menarik diri dari kejohanan China Supermajor yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

Kini, penganti kepada pasukan OG tela diumumkan oleh Perfect World selaku penganjur kejohanan itu. Pasukan OpTic Gaming yang baru baru ini berjaya mara ke final kejohanan ESL Birmingham telah terpilih untuk mengantikan pasukan OG.

Pemilihan ini adalah berdasarkan kedudukan terkini papan pendahulu Dota 2 Pro Circuit. Dengan 2,250 mata DPC menjadi taruhan pada kejohanan terbesar sebelum tibanya kejohanan The International kelak, ini  merupakan peluang terkahir pasukan OpTic memintas pasukan pasukan lain seperti VGJ.Thunder, Vici Gaming dan Newbee bagi memperoleh jemptan terus ke kejohanan The International 2018.

Baca Juga :   Jadual Bagi Peringkat Kumpulan Kiev Major

China Supermajor bakala bermula pada 2 Jun ini dengan menawarkan USD1,500,000 hadiah keseluruhan dan 2,250 mata kelayakan DPC. Ini merupakan kejohanan terakhir musim pertama Dota 2 Pro Circuit. Ia bakal berlangsung di Yuanshen Gymnasium, Shanghai, China.

Leave a Comment

%d bloggers like this: