FIFA Online 3 Grand Championship Tawar Hadiah Sebesar RM80,000

Garena selaku pengedar dan pengendali rasmi permainan FIFA Online 3 telah mengumumkan penganjuran kejohanan FIFA Online 3 Grand Championship dimana ia menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM80,000.

Kejohanan ini akan melibatkan 20 pasukan terbaik dari seluruh negara dan akan bermula pada bulan Julai ini sehingga peringkat akhir pada bulan Oktober. 15 pasukan daripada Liga Cyber Musim Ke-2 akan menerima jemputan terus ke kejohanan ini dan baki 5 slot disediakan kepada kafe siber yang bekerjasama dengan Garena dan juga pasukan e-sukan profesional.

Namun begitu, jika pendaftaran melebihi jumlah slot yang disediakan ini, pusingan kelayakan akan diadakan bagi menentukan pemilik slot tersebut. Hadiah bukan sahaja akan diberikan kepada pemenang utama namun semua pasukan yang berjaya memenangi perlawanan mereka di pusingan kumpulan turut akan menerima hadiah.

Baca Juga :   Kelab E-sukan ANSARA Umum Penganjuran ANSARA Esports Malaysia Championship (AEMC)

Kejohanan ini akan diadakan secara berkumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, sila layari laman web rasmi kejohanan ini untuk mendapatkan maklumat lengkap dan peraturannya.

Layari : Garena Grand Championship

Leave a Comment