Misery : “Saya Telah Ditendang Keluar Daripada Evil Geniuses”

Selepas menamatkan kejohanan ESL One Birmingham dengan tersingkir pada hari pertama peringkat kumpulan, Evil Geniuses kini akhirnya melakukan perubahan pada pasukan itu dengan menendang keluar kapten mereka, Rasmus “MISERY” Filipsen.

Misery melalui akaun Twitter beliau mengumumkan bahawa beliau telah disingkirkan daripada pasukan itu. Didalam kenyataan yang sama, beliau turut menyatakan bahawa beliau gembira ditendang keluar dari pasukan itu dan bersyukur ia terjadi.

Menerusi nada tersebut, pasukan Evil Geniuses nampaknya kini berada di dalam krisis selepas kerap mempamerkan prestasi buruk sepanjang musim ini. Ramai peminat mahu Evil Geniuses berhenti membina pasukan disekeliling Sumail dan mencari kapten yang mampu mengetuai pasukan tersebut.

Perpisahan ini juga memperlihatkan Evil Geniuses kini tidak lagi layak menerima jemputan ke peringkat kelayakan rantau bagi kejohanan The International dan kini perlu melalui pusingan kelayakan terbuka. Pada ketika ini, tiada pengumuman rasmi dilakukan tentang siapakah yang bakal mengantikan posisi kapten di dalam pasukan itu.

I have been kicked from EG, I'm happy and relieved to be out. Thanks for all your support while in the team!😌🙏 what's next?

— Rasmus Filipsen (@MiSeRyDOTA) May 27, 2018

Kemaskini : Fear turut sama mengumumkan beliau kini telah meninggalkan pasukan Evil Geniuses. Tiada sebab diberikan namun keputusan ini dijangka akibat daripada kelahiran anak pertama beliau. 

Baca Juga :   Fear Keluar Dari Persaraan - Kembali Sertai Evil Geniuses

Sumber Foto : ESL

Leave a Comment

%d bloggers like this: