ESL One Birmingham – Virtus.Pro Peroleh Gelaran Juara Major Ke-empat Mereka

Kejuaraan Major ke-empat musim ini. Virtus.Pro mengekalkan dominasi mereka untuk musim pertama Dota 2 Pro Circuit dengan merangkul gelaran juara Kejohanan ESL One Birmingham.

Pasukan itu kini mengumpul 10350 mata DPC jauh meninggalkan pencabar terdekat iaitu PSD.LGD denga 6322 mata. Virtus.Pro membuktikan mereka adalah pasukan terbaik pada ketika ini dengan menewaskan paskan OpTic Gaming pada perlawanan akhir ESL One Birmingham. Perlawanan tersebut tamat dengan keputusan bersih 3-0.

Selain daripada gelaran juara, Vladimir “No[o]ne” Minenko pemain mid bagi pasukan itu turut menerima gelaran pemain terbaik kejohanan dan bakal menerima sebuah kereta tajaan Mercedes Benz. No[o]ne juga merupakan pemain ketiga di dalam pasukan itu yang telah menerima gelaran MVP dan menerima sebuah kereta tajaan Mercedes Benz selepas Rodger dan Solo.

Baca Juga :   Ohaiyo dan Yamateh Dilihat Bermain Bersama Chuan Dibawah Pasukan Echo International

Bagi perlawanan tempat ketiga pula, pasukan Fnatic tumbang di tangan pasukan Pain Gaming dan pulang hampa di tempat ke-empat kejohanan. Pasukan itu kini sah gagal memperoleh jemputan ke kejohanan The International selepas  tidak mempunyai mata DPC yang mencukupi.

Leave a Comment

%d bloggers like this: