ESL One Birmingham – Fnatic Gagal Tamatkan Musim Pertama DPC Di Kedudukan 8 Terbaik

Wakil Asia Tenggara terakhir di ESL One Birmingham, Fnatic kecundang di pusingan separuh akhir apabila tewas kepada pasukan OpTic Gaming dengan keputusan 2-1.

OpTic Gaming akan mara ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan pasukan Virtus.Pro pada masa yang sama menewaskan pasukan Pain Gaming. Perlawanan antara Virtus.Pro dan Pain Gaming berakhir dengan keputusan 2-0.

Pasukan Fnatic dan Pain Gaming akan bertemu bagi perlawanan penentuan tempat ketiga sebelum bermulanya perlawanan akhir antara Virtus.Pro dan OpTic Gaming. Dengan kini hanya layak menjadi pasukan ketiga atau keempat kejohanan ini, pasukan Fnatic kini sah menamatkan musim Dota 2 Pro Circuit kali ini tanpa melayakkan diri untuk menerima jemputan terus ke kejohanan The International 2018.

Baca Juga :   Newbee, LFY Mara Ke Pusingan Tiga Terbaik - Ringkasan Hari Ketiga Acara Utama The International 2017

Pasukan Fnatic kini tidak lagi mampu untuk mencapai kedudukan 8 pasukan terbaik yang akan menerima jemputan ke kejohanan The International. Mereka kini perlu melalui pusingan kelayakan rantau Asia Tenggara bagi mencari peluang untuk ke The International.

Leave a Comment

%d bloggers like this: