Dota 2

Adam Sertai Complexity Sebagai Kapten Baharu Pasukan Itu

3 tahun lalu

Adam Sertai Complexity Sebagai Kapten Baharu Pasukan Itu

Selepas meninggalkan pasukan Fnatic, Adam Erwann Shah “Adam” bin Akhtar Hussein kini sah telah menyertai pasukan Complexity sebagai kapten baharu pasukan itu. Ini bukanlah kali pertama Adam bersama dengan organisasi tersebut kerana belia sebelum ini pernah bersama dengan pasukan itu sebagai jurulatih pada kejohanan The International 2017 lalu.

Bersama sama dengan Adam, seorang lagi pemain juga kini sah kembali menyertai pasukan itu iaitu David “MoonMeander” Tan. Pemain offlane tersebut juga pernah bermain bersama Complexity pada tahun 2015 yang lalu. Kedua dua orang pemain ini akan menyertai Zfreek, Moo dan Limmp bagi bersiap sedia menghadapi pusingan kelayakan terbuka kejohanan The International 2018.

Sementara itu, penambahan pemain baharu ini juga memperlihatkan Rasmus “Chessie” Blomdin dilepaskan daripada organisasi tersebut. Beliau kini adalah agen bebas dan terbuka bagi sebarang tawaran.

Sumber : Complexity

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *