Suku Akhir ESL One Birmingham : Mineski Kecundang, Fnatic Mara

Harapan Mineski untuk mengesahkan tempat di kejohanan The International 2018 kecundang apabila mereka gagal melayakkan diri ke pusingan 4 terbaik (separuh akhir) kejohanan ESL One Birmingham

Mineski di singkirkan oleh pasukan Amerika Selatan, Pain Gaming pada perlawanan suku akhir yang tamat dengan keptusan 2-0. Sementara itu sebuah lagi wakil Asia Tenggara, pasukan Fnatic pula berjaya mara ke separuh akhir dengan menewaskan pasukan OG.

Namun begitu, perlawanan mereka tidak semudah Pain Gaming apabila paskan OG memberikan tentangan yang tidak kurang hebat. Semangat Fnatic untuk memperoleh mata DPC bagaimanapun lebih tinggi daripada pasukan OG dan mereka memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1.

Baca Juga :   Miracle, Sylar - Antara Yang Terpilih Untuk Perlawanan All-Star DAC 2018

Fnatic akan mara bertemu dengan pasukan OpTic Gaming pada perlawanan separuh akhir manakala pasukan Pain Gaming pula akan mara untuk bertemu dengan pasukan Virtus.Pro.

Leave a Comment

%d bloggers like this: