Adam 343 Meninggalkan Pasukan Fnatic – Akan Kembali Bermain Semula

Pasukan Dota 2 Fnatic hari ini mengumumkan bahawa jurulatih pasukan itu kini telah bertukar dimana Adam Erwann Shah “Adam” bin Akhtar Hussein telah meninggalkan pasukan itu untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain profesional.

Sebagai ganti, tempat Adam akan di isi oleh Kurtis “Aui_2000” Ling bagi tempoh masa sepanjang pasukan itu bermain pada kejohanan ESL One Birmingham. Aui_2000 bukanlah asing lagi kerana beliau pernah bermain bersama sama dengan EternalEnvy dan Pieliedie untuk pasukan Cloud9 dan Team NP sebelum ini.

Baca Juga :   Dengan Pemain Berasal Dari Singapura, Fnatic Dipilih Jadi Pasukan Jemputan Terakhir PVP eSports Championship

Bagi Adam pula, tiada pengumuman rasmi diadakan pada ketika ini mengenai pasukan baharu beliau. Mungkinkah beliau akan menyertai pasukan FrostFire yang bakal mengumuman barisan pemain mereka tidak lama lagi? Sama sama kita nantikan perkembangan seterusnya daripada beliau.

Sumber : Fnatic Dota

Leave a Comment

%d bloggers like this: