Selepas 12 Hari, Jumlah Hadiah Kejohanan The International 2018 Kini Menghampiri Angka RM40 Juta

12 hari semenjak jualan Battlepass dilancarkan, jumlah hadiah terkumpul kejohanan The International 2018 kini telah melebihi USD10 Juta (~RM39,755,000). Sebanyak USD8,401,602 (~RM33,400,568) telah dijana melalui jualan Battlepass tersebut manakala bakinya merupakan hadiah asas yang disediakan oleh Valve.

Jumlah ini adalah 9.51% lebih tinggi berbanding masa yang sama pada tahun lalu. Dengan 97 hari lagi berbaki sebelum jualan Battlepass ini tamat, jumlah hadiah terkumpul tahun ini dilihat berpeluang besar untuk sekali lagi melepasi jumlah hadiah tahun sebelumnya yang berjaya mengumpul USD24,787,916 (~RM98,544,360).

Baca Juga :   PPD Letak Jawatan CEO, Zai Meninggalkan Evil Geniuses

Perkembangan ini adalah amat menarik terutamanya apabila dua orang pemain Malaysia sudah pun melayakkan diri ke kejohanan tersebut iaitu Midone (Team Secret) dan juga xNova (PSG.LGD). Selain daripada kedua pemain tersebut, pasukan Mineski yang diketui oleh Mushi juga dilihat berpeluang cerah untuk melayakkan diri ke kejohanan Dota 2 paling berprestij itu.

Sumber : Wykrhm / Cyborgmatt (Dota 2 Prizetracker)

Leave a Comment

%d bloggers like this: