Royal Never Give Up Julang Piala Mid Season Invitational 2018

Kejohanan Mid-Season Invitational akhirnya tamat dengan pasukan Royal Never Give Up menjulang gelaran pasukan terbaik bagi separuh tahun 2018 dengan menjuarai perlawanan akhir kejohanan kedua terbesar bagi permainan League of Legends itu.

Pasukan dari China itu menewaskan pasukan Korea Selatan, KING-ZONE DragonX dengan keputusan akhir 3-1. Pemain ADC bagi pasukan RNG, Jian “Uzi” Zi-Hao juga diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan melengkapkan kejuaraan tersebut.

Baca Juga :   Enam Lagi Pasukan Mengesahkan Tempat Di Kejohanan Worlds 2017

Royal Never Give Up pulang dengan piala kejohanan dan hadiah wang sebesar USD527,650 (~RM2,095,826). Pasukan KINGZONE pula sekadar berpuas hati dengan hadiah wang sebesar USD267,251 (~RM1,061,520) sebagai naib juara kejohanan.

Leave a Comment

%d bloggers like this: