PSG.LGD Tumbangkan VGj.Storm Untuk Takluk MDL Changsha Major

Selepas melayakkan diri ke kejohanan The International 2018 semalam, pasukan PSG.LGD sekali lagi membawa khabar gembira kepada para peminat mereka apabila kini menjadi juara keseluruhan kejohanan Mars Dota 2 League Changsha.

Pasukan itu meneruskan perjalanan cemerlang mereka di pusingan akhir lower bracket dengan menewaskan Vici Gaming untuk mara ke pentas final bertemu dengan pasukan Amerika Utara, VGJ.Storm. Pasukan PSG.LGD berjaya membalas dendam kekalahan mereka di pusingan kumpulan dan menewaskan VGJ.Storm dengan keputusan 3-0, memusnahkan harapan pasukan yang baharu sahaja menjuarai GESC Thailand Major pada minggu lalu itu untuk memperoleh kejuaraan kedua mereka.

Baca Juga :   Dengan Pemain Berasal Dari Singapura, Fnatic Dipilih Jadi Pasukan Jemputan Terakhir PVP eSports Championship

Sebagai juara, pasukan yang dibarisi oleh seorang anak Malaysia itu kini berada di tangga kedua papan pendahulu Dota 2 Pro Circuit melepasi pasukan Secret dan Liquid selepas memperoleh 750 mata DPC. PSG.LGD juga membawa pulang piala kejohanan dan hadiah wang sebesar USD400,000 (~RM1,588,800).

Pasukan VGJ.Storm pula memperoleh USD200,000 (~RM794,400) dan 450 mata DPC manakala pasukan di tempat ketiga, Vici Gaming menerima USD130,000 (~RM516,360). Kejayaan PSG.LGD ini juga memperlihatkan ia menjadi pasukan dari China pertama melayakkan diri ke kejohanan The International 2018.

Leave a Comment

%d bloggers like this: