SolidRain Kembali Sertai RamPaGe Gaming Mengantikan Axis

3 tahun lalu

SolidRain Kembali Sertai RamPaGe Gaming Mengantikan Axis

Kurang dua bulan bermain bersama dengan pasukan RamPaGe Gaming, Juan “Axis” Miguel kini terpaksa meninggalkan pasukan itu selepas perlu menyertai program Khidmat Negara (National Service) di negara asal beliau iaitu Singapura.

Hal ini adalah mendukacitakan apabila pasukan itu baharu sahaja memenangi kejohanan Call of Duty World War II 2018 Asia Championship dan telah melayakkan diri ke kejohanan  Call Of Duty World League (CWL) Anaheim pada bulan Jun kelak.

Posisi beliau akan digantikan oleh Syarin “SolidRain” Rahman yang juga merupakan bekas pemain bagi pasukan ini. Beliau akan bermain bersama dengan baki pemain yang tinggal bagi bersiap sedia menghadapi kejohanan CWL Anaheim.

RamPaGe Gaming:

  • Abdul Hakiem “RanGer” Tajudin
  • Sean “Sean” Wong Sui Sheng
  • Koh “Xenon” Yue Wen
  • Syarin “SolidRain” Rahman

Sumber : RamPage Gaming

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments