Royal Never Give Up Singkirkan Fnatic Untuk Mara Ke Final MSI 2018

Royal Never Give Up mengesahkan tempat di pentas final kejohanan Mid Season Invitational di Paris selepas  menewaskan pasukan Fnatic di psingan separuh akhir yang berlangsung semalam.

Hasrat  Fnatic untuk membalas dendam kekalahan mereka pada kejohanan Worlds 2017 yang lalu tidak kesampaian apabila Royal Never Give Up langsung tidak memberikan ruang kepada pasukan itu untuk menewaskan mereka. Perlawanan yang diadakan di dalam format terbaik dari lima perlawanan itu berakhir dengan keputusan bersih 3-0.

Baca Juga :   Kai'sa - Champion Terbaru League of Legends Didedahkan Secara Rasmi

Royal Never Give Up akan bertemu dengan pemenang bagi perlawanan seprauh akhir antara pasukan KING-ZONE DragonX dan Flash Wolves yang akan berlangung hari ini.

Leave a Comment

%d bloggers like this: