Syed Saddiq Sekali Lagi Tegaskan Fokus Kerajaan Baharu Terhadap Industri E-sukan

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam menerusi wawancara bersama dengan rancangan  100 Hari Malaysia Baharu di saluran Astro Awani sekali lagi telah menegaskan bahawa kerajaan baharu akan terus memberikan perhatian kepada industri e-sukan sejajar dengan janji mereka pada pilihanraya yang lalu.

Antara hujah beliau adalah kewajaran memberikan sokongan terhadap golongan pemain dan belia yang terlibat didalam industri e-sukan kerana ia merupakan evolusi di dalam arena sukan. Beliau turut percaya bahawa para pemain kita berpontensi besar di peringkat antarabangsa dan stigma buruk terhadap golongan ini haruslah dihapuskan.

Beliau berpendapat bahawa jika seseorang itu mahu mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa, sokongan, latihan dan infrastruktur haruslah diberikan kepada mereka. Elaun, infrastruktur dan fasiliti e-sukan adalah penting bagi membolehkan para pemain ini menyara hidup mereka didalam usaha mereka membangakan negara di peringkat tertinggi.

Baca Juga :   Tencent Rancang Bina Taman Perniagaan Dengan Fokus Kepada E-sukan Di Shanghai

Beliau turut menyatakan hasrat untuk bertemu dan berbincang dengan pakar dan mereka yang telah lama berada di dalam industri ini bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan yang tepat dapat dilaksanakan.

As soon as we finalise the transition into government, i’ll get in touch bro.

Need to hear from experts & “orang lama” in the industry. https://t.co/ez0Iy4TrkT

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) May 18, 2018

Sumber : Awani 501 / Mariah Ahmad 

Leave a Comment