Overwatch Jana Hampir RM40 Juta Untuk Kempen Khas Pertubuhan Penyelidikan Kanser Payudara

Bermula pada 8 Mei lalu, Overwatch telah melancarkan kempen khas hasil kerjasama dengan Pertubuhan Penyelidikan Kanser Payudara (Breast Cancer Research Foundation) bagi menjana dana untuk kegunaan BCRF didalam usaha mereka mencari penawar penyakit tersebut.

Pada kempen ini, sebuah skin khas Pink Mercy dilancarkan dimana pemain boleh membeli skin bertaraf Lagenda ini bagi menyumbang kepada kempen tersebut. SKin tersebut juga diadakan untuk watak MErcy yang merupakan watak dengan posisi penyembuh di dalam pasukan.

Selain daripada skin khas ini, Overwatch turut mengadakan t-shirt khas, spray pelekat didalam permainan, ikon pemain, emote Twitch dan strim khas daripada pemcipta kandungan Overwatch speanjang kempen berlangsung sehingga 21 Mei ini.

Pasukan pasukan dan para pemain di Liga Overwatch turut sama menukar gambar profil dan logo pasukan berwarna merah jambu bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap kempen ini.

Baca Juga :   Amerika Syarikat dan United Kingdom Melengkapkan Senarai Pasukan Bagi Kejohanan Piala Dunia Overwatch 2017

“We still need you!” 🎀

Thanks to the generosity of everyone who’s purchased the Pink Mercy skin so far, we’re closing in on raising $10M USD to support @BCRFcure.

Help us reach our objective before May 21! https://t.co/fj00Wmunum pic.twitter.com/JLiiu8jT7b

— Overwatch (@PlayOverwatch) May 17, 2018

Pada ketika ini, kempen ini telah berjaya meraih lebih USD10 Juta (~RM39,785,000) dana dari seluruh dunia dan 100% daripada hasil kutipan ini akan disumbangkan kepada BCRF.

Leave a Comment