Kemaskini 8.11 Akan Membawakan Perubahan Pada Mod Permainan ARAM

Howling Abyss akan menerima perubahan pada kemaskini 8.11 akan datang apabila Riot secara rasminya mengumumkan mereka akan melakukan beberapa perubahan dan penambahbaikan pada mod permainan All Random All Mid (ARAM).

Antara perubahan yang hadir ialah Bench The Kench dimana apabila seseorang itu melakukan pemilihan semula (reroll), champion sedia ada akan diletakkan di bangku simpanan dimana anda mahupun rakan sepasukan boleh memilih untuk menngunakannya. Hal ini adalah bagi membantu jika seseorang it mendapatkan champion yang lebih teruk berbanding dengan champion sedia ada.

Kadar penerimaan tiket untuk melakukan pemilihan semula juga akan meningkat dimana jika pemain tidak mempunyai sebarang champion yang telah dinyahkunci, pemain akan menerima tiket ini selang dua perlawanan. Kadar ini akan meningkat mengikut kepada jmlah champion yang telah dimiliki dimana para pemain yang telah nyahkunci kesemua champion, mereka akan sebuah tiket bagi setiap perlawanan, dengan nilai maksimum dua sekiranya lebih.

Jumlah champion yang percuma untuk dimainkan juga akan ditingkatkan dimana ia kini meliputi champion percuma bagi 3 minggu terakhir di Summoner’s Rift iaitu sekitar 42 buah champion percuma untuk dimainkan.

Baca Juga :   YellOwStaR Sertai Pasukan LDLC Sebagai Ketua Jurulatih

Perubahan kepada Champion Mastery juga akan ditambah bagi memudahkan para pemain meraih taraf S berbanding dengan sebelumnya. Base Gates telah ditambah pada peta bagi membolehkan kesema pemain bermula pada masa yang sama dan menghapuskan sebarang kelebihan tertentu.

Permainan ARAM juga akan bermula dengan 662 mata pengalaman berbanding 0 sebelum ini bagi mengurangkan masa yang diperlukan untuk menaiktaraf ke tahap 3 atau 4. Masa untuk menyerah kalah juga telah ditukar kepada minit ke-8 untuk undian penuh dan minit-12 untuk undian normal.

Akhir sekali, sepanjang acara Bilgewater berlangsung, kesemua perlawanan ARAM akan berlangsuung di peta Butcher’s Bridge yang telah dinaiktaraf. Peta tersebut kini menyokong fungsi pencahayaan baharu, warna pasukan dan lebih mudah untuk diuruskan.

Para pemain juga boleh mengutarakan pandangan mereka terhadap kesemua perubahan ini  bagi membolehkan para pembangun menambahbaik mod permainan ini pada masa akan datang.

Sumber : League of Legends

Leave a Comment

%d bloggers like this: