Sukan Asia 2018 Jakarta – Pelembang Dilaporkan Bakal Mempertandingkan 6 Judul Permainan E-sukan

Tahun lalu memperlihatkan Majlis Olimpik Asia mengiktiraf e-sukan sebagai salah satu cabang rasmi sukan dan akan mempertandingkannya secara rasminya pada kejohanan Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China. Pada masa yang sama, ia juga dikhabarkan akan dipertandingkan pada Sukan Asia 2018 Jakarta – Pelembang sebagai sukan demonstrasi.

Terkini, Persatuan E-sukan Indonesia (IeSPA) melaporkan bahawa senarai permainan yang akan dipertandingkan itu telah didedahkan didalam buku teknikal kejohanan tersebut. Enam permainan akan dipertandingkan sebagai sukan demonstrasi iaitu Arena of Valor, League of Legends, Pro Evolution Soccer (PES), Clash Royale, Hearthstone dan Starcraft.

Peringkat kelayakan dikhabarkan ada diadakan pada bulan Mei ini namun tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan pada ketika ini. Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebelum ini turut menjanjikan penubuhan unit e-sukan bagi mempersiapkan negara menjelang Sukan Asia 2022 kelak. Beliau turut menyatakan hasrat untuk menambah acara e-sukan pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.

Baca Juga :   Faker Dan Peanut Barisi Skuad League of Legends Korea Selatan Untuk Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang

Kemaskini 15 Mei :  Asian Electronic Sports Federation (AESF) mengesahkan kesemua permainan akan dipertandingkan. Pendaftaran akan diadakan sehingga akhir bulan Mei ini manakala pusingan kelayakan akan diadakan pada 10 Jun sehingga 20 Jun 2018 dan akan uruskan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (National Olympic Committee – NOC).

Sumber : IeSPA

Leave a Comment

%d bloggers like this: