Vainglory 3.3 Membawakan Ujian Awal Fungsi Bualan Suara dan Alat Kawalan Kayu Ria Maya

Kemaskini 3.3 dan 3.4 bagi permainan Vainglory bakal tiba tidak lama lagi memperlihatkan beberapa perubahan menarik disertakan bersama sama dengannya.

Selain daripada kemaskini statistik hero dan juga item bagi merubah meta permainan, kemaskini ini akan hadir dengan dua ujian awal iaitu ujian bualan suara (voice chat) dan juga ujian kawalan kayu ria (joystick) mirip dengan permainan moba mudah alih lainnya seperti Arena of Valor dan juga Mobile Legends Bang Bang.

Bagi alat kawalan kayu ria maya baharu ini, ia akan hadir untuk diuji oleh semua pemain pada kemaskini 3.3 dan boleh diaktifkan melalui tetapan khas di dalam permainan tersebut. SEMC menerusi pengumuman mereka memaklumakan bahawa alat kawalan kayuria maya ini direka khas dengan mementingkan ketepatan agar ia berfungsi serupa dengan kawalan sentuhan asal permainan Vainglory. Alat kawalan baharu ini juga diperkenalkan bagi menarik lebih ramai lagi pemain untuk mencuba permainan Vainglory tanpa perlu berasa asing dengan kaedah kawalan sentuhan.

Fungsi bualan suara pula akan diuji secara terhad pada kemaskini 3.3 dan kemudiannya kepada semua pemain pada kemaskini 3.4. Pada ujian awal, hanya pemain yang bermain dengan rakan mereka secara berparti (berkumpulan) dan mempunyai sekurang kurangnya seorang pemain dengan langganan Golden Supporter Badge sahaja boleh mencubanya.

Baca Juga :   Vainglory 3.3 - Kemaskini Visual Skrin Utama Dan Tibanya Hero Baharu Iaitu Kensei

SEMC akan menggunakan kemaskini dan ujian awal 3.3 ini untuk mengumpul maklumbalas dan menambahbaik fungsi kedua kedua perkara baharu ini sebelum melancarkannya secara rasmi pada kemaskini 3.4 akan datang.

Leave a Comment

%d bloggers like this: