Berikut merupakan rangkuman berita utama bagi minggu kedua bulan Mei 2018:
1. PSG.LGD Bawa Pulang Piala Major Pertama Untuk China
China memperoleh piala major pertama musim ini selepas PSG.LGD memenangi kejohananan Epicenter XL.
2. Persatuan E-sukan Sarawak Ditubuhkan
Persatuan E-sukan Negeri Sarawak ditubuhkan dengan misi untuk mewujudkan pusat e-sukan dan liga tempatan bagi memajukan industri e-sukan di negeri tersebut.
3. The International 2018 Battlepass Kini Hadir
Hijau zamrud menjadi tema utama kejohanan The International 2018 dan 25% hasil jualan kali ini akan turut sama disumbangkan ke jumlah penuh hadiah keseluruhan kejohanan tersebut.
4. Sansar Bekerjasama Dengan Pasukan Liga Overwatch Bina Ruang Realiti Maya Untuk Peminat Berkumpul
Para peminat Liga Overwatch kini boleh berinteraksi sesama mereka dan personaliti Liga Overwatch menerusi peralatan realiti maya (VR) di platform Sansar.
5. Team Secret Sah Jemputan Terus Ketiga Kejohanan The International 2018
Selepas berjaya mara ke pusingan separuh akhir kejohanan GESC Thailand, pasukan Secret kini mengesahkan tiket ke kejohanan The International 2018.