Universiti Oxford Bakal Tawar Kursus E-sukan Hasil Kerjasama Dengan Tencent

Syarikat gergasi teknologi China, Tencent dilaporkan bakal bekerjasama dengan Universiti Oxford, salah sebuah universiti tertua di dunia untuk menawarkan kursus e-sukan.

Walaubagaimanapun, perihal lanjut mengenai penawaran kursus ini masih lagi tidak dedahkan pada ketika ini. Penawaran kursus e-sukan di institusi penganjian tinggi ini bukanlah kali pertama ia diadakan di negara tersebut, Universiti York jga sebelum ini telah melakukan perkara yang sama melali kerjasama bersama dengan pengajur acara e-sukan ternama iaitu ESl. 

Hal ini dilaporkan adalah hasil daripada pernjanjian perdagangan antara kerajaan Britain dengan Tencent. Selain daripada kursus e-sukan ini, perjanjian tersebut juga mempelihatkan Tencent bakal terlibat secara langsung didalam industri fesyen, filem, dan industri permainan video di negara tersebut.

Baca Juga :   Tencent Bekerjasama Dengan LiveMe Sempena Pelancaran Aplikasi Penstriman Permainan Mudah Alih Fluxr

Tencent bukanlah suatu nama yang asing lagi di dalam arena e-sukan. Selain menerbitkan beberapa permainan yang turut sama mempunyai arena komeptitif tersendiri mereka, Tencent juga mempunyai pegangan didalam beberapa syarikat permainan lainnya seperti Riot Games, Epic Games dan juga kerjasama dengan syarikat PUBG Corporation.

Sumber : Dot Esports / Reuters

Leave a Comment

%d bloggers like this: