Persatuan E-sukan Sarawak Ditubuhkan – Mahu Wujud Liga Negeri Bagi Pembangunan E-sukan Di Negeri Tersebut

Persatuan E-sukan Sarawak Ditubuhkan – Mahu Wujud Liga Negeri Bagi Pembangunan E-sukan Di Negeri Tersebut

Pada awal bulan April lalu, Kenyalang Esports Tournament, Training & Trade (KES3T) telah ditubuhkan bagi menjadi platfrom pembangunan utama arena e-sukan di negeri Sarawak. KES3T nampaknya bukan satu satunya pihak yang mahu menjadikan arena e-sukan lebih maju di negeri Sarawak apabila sebuah lagi persatuan e-sukan telah didaftarkan secara rasminya di negeri tersebut.

Sarawak Esports Association (SESA) atau Persatuan E-sukan Sarawak merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada penghujung bulan Mac lalu dan didaftarkan secara rasmi pada 17 April lalu di Pejabat Pesuruhjaya Sukan Sarawak.

SESA mempunyai visi untuk menjadikan entiti e-sukan terkemuka negara Malaysia dan membangunkan arena permainan kompetitif di negeri Sarawak. Mereka juga mahu mencari dan melatih bakat baharu serta memberikan kesedaran dan mendidik rakyat umum seperti ibu bapa tentang faedah dan kebaikan e-sukan.

Baca Juga :   Universiti Oxford Bakal Tawar Kursus E-sukan Hasil Kerjasama Dengan Tencent

Menurut pengasasnya, persatuan ini juga telah disahkan secara rasminya oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian, Belia dan Sukan dan Sarawak Sports Corporation.  SESA juga merancang untuk mewujudkan sebuah pusat e-sukan dan liga negeri bagi membuka jalan kepada mereka yang bercita cita untuk menjadi pemain profesional.

Sumber : Utusan SarawakSarawak Esports Association / Startup Borneo

Leave a Comment