PSG.LGD Bawa Pulang Piala Major Pertama Untuk China

PSG.LGD membawa pulang gelaran juara kejohanan bertaraf major pertama bagi rantau China selepas sah menjadi juara keseluruhan kejohanan Epicenter XL. Pasukan yang turut dibarisi oleh seorang pemain berasal dari Malaysia, Xnova itu menewaskan pasukan Liquid di perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Cubaan pasukan Liquid membalas dendam atas kekalahan mereka terhadap PSG.LGD sehari sebelum itu di perlawanan winner’s final gagal apabila pasukan PSG.LGD sekali lagi membukti mereka lebih cemerlang dengan mengakhirinya dengan keputusan 3-1.

Sebagai juara, PSG.LGD memperoleh 750 mata Dota 2 Pro Circuit sekaligus mara empat tempat dan kini berada di kedudukan keempat keseluruhan pada papan pendahulu Dota 2 Pro Circuit. Mereka juga memperoleh hadiah wang sebesar USD500,000 (~RM1,970,250) dan piala kejohanan. Xu “fy” Linsen juga diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan selepas mempamerkan prestasi yang amat baik sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Baca Juga :   TNC dan Mineski Kecam Tindakan GESC Tangguh Pusingan Kelayakan GESC Thailand Secara Tiba Tiba

Pasukan Liquid pula mengesahkan tempat mereka di kejohanan The International selepas memperoleh mata yang mencukpi bagi menerima jemputan terus ke kejohanan tersebut. Pasukan itu pulang dengan 450 mata DPC dan hadiah wang sebanyak USD200,000 (~RM788,100).

PSG.LGD :

  • Wang “Ame” Chunyu 
  • Lu “Somnus丶M” Yao (Maybe)
  • Yang “Chalice”‘ Shenyi
  • Xu “fy” Linsen
  • Jian Wei “xNova” Yap

Leave a Comment

%d bloggers like this: