Kurang Dua Bulan, Tehee Dan Feuru Sah Meninggalkan Pasukan Geek Fam

Kurang dua bulan selepas kembali bermain bersama Geek Fam, pemain carry, John “Tehee” Linuel Abanto dan Towi “Feuru” Putera sah meninggalkan pasukan itu sekali lagi. Pengumuman itu dilakukan di laman Facebook rasmi pasukan tersebut yang turut menyertakan temuramah terakhir bersama kedua dua orang pemain tersebut.

Kemana destinasi pemain berasal dari Filipina dan Indonesia itu selepas  ini masih tidak didedahkan namun mereka berterima kasih kepada rakan sepasukan dan pengurusan Geek Fam atas jasa mereka sepanjang dua bulan mereka bermain di Malaysia.

Baca Juga :   Bekas Pemain WarriorGaming.Unity, xNova- Sertai Skuad Serba Baharu LGD Gaming

Bagi pasukan Geek Fam pula, mereka kini hanya mempunyai tiga orang pemain pada ketika ini dan pasukan yang berpengkalan di Malaysia itu perlu segera mencari penganti kedua orang pemain tersebut sebelum bermulanya pusingan kelayakan The International 2018 tidak lama lagi.

Leave a Comment