Microsoft Dan Immortals Umum Kerjasama Anjur Beberapa Acara E-sukan Sepanjang Tahun 2018

Syarikat gergasi teknologi, Microsoft diumumkan bakal bekerjasama dengan organisasi e-sukan Immortals dan pasukan Liga Overwatch mereka iaitu LA Valiant untuk menganjurkan beberapa acara e-sukan pada tahun ini.

Tiada perincian lanjut didedahkan pada ketika ini namun mengikut daripada gambar yang dipaparkan, acara acara ini adalah berkaitan dengan permainan Overwatch dan bakal diadakan di Microsoft Theater yang terletak di Los Angeles.

Baca Juga :   Atlanta, Paris dan Guangzhou Dilaporkan Sah Akan Menyertai Liga Overwatch Musim Kedua

Ini bukanlah kali pertama Microsoft turut serta didalam arena e-sukan. Mereka sebelum ini telah mengadakan sebuuah akademi e-sukan bagi tempoh masa terhad di Microsoft Store, di Sydney. Microsoft juga telah membina sebuah studio e-sukan khas di Microsoft Store di New York.

Sumber : Immortals / ONMSFT

Leave a Comment

%d bloggers like this: