Senarai Penuh Pasukan Bertanding Dan Segalanya Tentang Mid-Season Invitational 2018

Mid-Season Invitational 2018 bakal bermula pada 3 Mei ini dengan 14 pasukan terbaik dari setiap rantau kompetitif bertanding bagi menjulang kejuaraan salah sebuah kejohanan terbesar bagi permainan League of Legends. BAgi penganjuran kali ini, ia akan diadakan di kota Berlin dan Paris.

Berikut merupakan senarai penuh 14 pasukan yang akan bertanding pada kejohanan berprestij ini:

  • [CBLOL] KaBum! e-Sports – Brazil (BR)
  • [CLS] Kaos Latin Ga- Latin Amerika Selatan (LAS)
  • [EU LCS] Fnatic – Eropah (EU)
  • [GPL] Ascension Gaming – Asia Tenggara (SEA)
  • [LCK] Kingzone DragonX – Korea (KR)
  • [LCL] Gambit Esports – Commonwealth of Independent States (CIS)
  • [LJL] PENTAGRAM – Jepun (JPN)
  • [LLN Rainbow7 – Latin Amerika Utara (LAN)
  • [LMS] Flash Wolves – Taiwan, Hong Kong, dan Macau (LMS)
  • [LPL] Royal Never Give Up – China (CH)
  • [NA LCS] Team Liquid – Amerika Utara (NA)
  • [OPL] Dire Wolves – Oceania (OCE)
  • [TCL] BAUSuperMassive – Turki (TUR)
  • [VCS] EVOS Esports – Vietnam (VN)

Berikut pula merupakan pembahagian hadiah kejohanan MSI 2018 dengan hadiah asas sebanyak USD250,000 disediakan oleh Riot dan hadiah tambahan diambil daripada 25% hasil jualan Conqueror Varus dan 2018 Conqueror Ward:

  • Juara: 38.5%
  • Naib-juara: 19.5%
  • 3/4: 9.75% 
  • 5/6: 5% 
  • 7/8: 2.5%
  • 9/10: 1.5% 
  • 11/12: 1.25%
  • 13/14: 1%
Baca Juga :   Vasilii Ditamatkan Kontrak Oleh Newbee - Digantung Oleh Riot Selepas Melakukan Keganasan Domestik

Kejohanan ini akan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu peringkat play-in, peringkat kumpulan dan peringkat kalah-mati. Peringkat play-in akan bermula pada 3 Mei ini bertempat di EU LCS Studio melibatkan 10 pasukan berikut:

  • KaBum! e-Sports
  • Kaos Latin Gamers
  • Ascension Gaming
  • Gambit Esports
  • PENTAGRAM
  • Rainbow7
  • Flash Wolves
  • Dire Wolves
  • BAUSuperMassive
  • EVOS Esports

Dua pasukan kemudiannya akan mara ke peringkat kumpulan berdepan dengan juara   terbar bagi rantau Eropah, China, Korea, dan Amerika Utara:

  • Pasukan Dari Play-in (1)
  • Pasukan Dari Play-in (2)
  • Fnatic – Eopah (EU)
  • Kingzone DragonX – Korea (KR)
  • Royal Never Give up – China (CH)
  • Team Liquid – Amerika Utara (NA)

Empat pasukan terbaik dari peringkat kumpulan kemudiannya akan terbang ke Zénith Paris – La Villette, Paris, Perancis bagi pusingan kalah mati bagi merebt gelaran juara keseluruhan kejohanan MSI 2018.

Leave a Comment