Sambut Kedatangan MSI 2018 Dengan Hits The Rift – Skin, Ward, Emote Khas

MSI 2018 Hits The Rift diperkenalkan secara rasmi bagi bagi menyambut kedatangan kejohanan Mid-season Invitational 2018. Hit The Rift merupakan senarai kandungan yang akan dijual khas bersempena dengan kejohanan MSI 2018 yang akan bermula pada 3 Mei kelak.

Perkara pertama yang hadir adalah skin dan ward khas bagi Conqueror Varus. 25% daripada hasil jualan Conqueror Varus dan 2018 Conqueror Ward akan disumbangkan ke jumlah penuh hadiah keseluruhan MSI 2018. Conqueror Ward bagi MSI 2017 juga kembali dijual namun hasil jualannya tidak akan menyumbang kepada hadiah MSI 2018.

Para pemain dan peminat juga boleh membeli bundle khas Conqueror Varus. Bundle ini adalah bagii jangka waktu terhad dan ianya tidak akan kembali dijual semula pada masa akan datang. Bundle ini mengandungi perkara perkara berikut:

  • Conqueror Varus
  • Varus (50% Diskaun)
  • Conqueror Ward Skin
  • Conqueror Varus Icon (1 RP)

Para peminat juga boleh bertarung bagi mempamerkan sokongan terhadap rantau komeptitif masing masing. Para peminat yang menyertainya akan diberikan misi dan ikon khas rantau tersendiri bagi menunjukkan sokongan masing masing. Misi Fight for Your Region ini akan memberikan mata kepada rantau masing masing. Namun begitu, para peminat juga boleh membeli ikon bagi rantau lainnya sekiranya mereka berminat dan 50% dari hasil jualan ini akan diberikan kepada pasukan.

Para peminat juga boleh membeli ikon emote khas bagi pasukan pasukan yang bertanding. Selain daripada menunjukkan sokongan kepada pasukan kegemaran, emote ini adalah terhad dan tidak akan dijual kembali pada masa akan datang. 30% hasil jualan emote ini juga akan diberikan kepada pasukan pasukan berkenaan.

Baca Juga :   Lima Pasukan Dilaporkan Diterima Masuk Ke Francais Liga LCS Eropah

Kangdungan penuh jualan khas ini boleh dilihat pada laman khas MSI 2018 Hits The Rift. Beberapa bundle Esports Lecagy juga akan kembali bagi sementara waktu jadi dapatkan item kegemaran anda secepat mungkin.

Leave a Comment