Undian Bagi Anugerah Pemain Terbaik Liga Overwatch Untuk Musim Ini Kini Dibuka

Para peminat Liga Overwatch kini boleh turut serta untuk memilih pemain terbaik musim pertama liga tersebut bermula pada hari ini. Anugerah pemain terbaik tersebut akan diumumkan pada hari pertama pusingan playoff kelak.

Namun begitu, undian peminat hanya meliputi 25% daripada undian keseluruhan. Para personaliti dan pasukan penyiaran Liga Overwatch akan mengundi bagi 75% selebihnya. Undian dibuat menerusi laman Twitter dan akan berakhir pada 17 Jun ini.

Baca Juga :   Pasukan Liga Overwatch Vancouver Umum Kerjasama Dengan Organisasi E-sukan Luminosity

Liga Overwatch juga menyediakan laman khas bagi memaparkan papan pendahulu undian semasa di pautan ini. Jadi undi pemain kegemaran atau pemain pilihan anda segera bagi memastikan mereka diangkat sebagai pemain terbaik Liga Overwatch untuk musim sulung ini.

Leave a Comment

%d bloggers like this: