Rico Sertai FrostFire Sebagai Jurulatih Pasukan CSGO

FrostFire semalam mengumumkan penambahan terbaru bagi skuad CS:GO mereka dengan mengambil Gerard “Rico” Anand sebagai jurulatih  pasukan itu. Belaiu merupakan bekas pemain yang sebelum ini pernah bermain bagi skuad CSGO organisasi Fire Dragoon.

Rico bukanlah nama yang asing lagi di arena kompetitif CSGO di Asia Tenggara. Beliau sebelum ini pernah mewakili Malaysia di kejohanan DreamHack 2009. Beliau juga pernah memenangi beberapa kejohanan lainnya seperti Razer Invitational 2012, WCG Malaysia 2012 dan OneAsia Cup 2012.

Baca Juga :   Pendaftaran Kejohanan CSGO - Asus ROG Road To Rampage Musim Ke-2 Kini Dibuka

Menerusi kenyataan rasmi beliau, Rico menyatakan bahawa menjadi pasukan terbaik di Asia merupakan sasaran beliau kali ini. Beliau percaya bahawa beliau mampu membawa pasukan ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Selamat maju jaya diucapkan kepada skuad CSGO FrostFire atas penambahan ini dan diharap agar segera mencapai kejayaan yang dicita citakan.

Sumber : FrostFire

Leave a Comment

%d bloggers like this: