MET Umum Kejohanan PUBG Southeast Asia Championship – Cari Wakil Asia Tenggara Ke Kejohanan PGI 2018

Selepas PUBG Corp mengumumkan mengenai kejohanan rasmi pertama mereka, PUBG Global Invitational 2018, kini Mineski Event Teams mendedahkan kejohanan PUBG Southeast Asia Championship dimana pemenang kejohanan ini bakal menjadi wakil rantau Asia Tenggara di kejohanan PGI 2018 itu.

PUBG Southeast Asia Championship akan mempertandingkan pasukan pasukan terbaik dari 6 buah negara iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Vietnam dan Thailand. Pusingan kelayakan akan diadakan bermula pada bulan Mei ini disetiap negara yang terlibat. 

Para pemenang bagi setiap pusingan kelayakan ini pula kemudiannya akan bertanding sesama mereka di pusingan akhir yang akan diadakan di Thailand pada 23 sehingga 24 jun kelak. Pemenang bagi pusingan kelayakan Thailand dan juara keseluruhan kemudiannya akan diterbangkan ke Berlin bagi mewakili rantau Asia Tenggara di pertandingan PUBG Global Invitational 2018 bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah USD2,000,000 (~RM7,798,000).

Baca Juga :   Peta Bersalji Bagi Permainan PlayerUnknown's Battlegrounds Ditemui Pelombong Data

Kelayakan Kebangsaan:

  • Filipina: 5 Mei – 3 Jun
  • Indonesia: 28 April – 13 Mei
  • Malaysia/Singpura: 5 Mei – 27 Mei
  • Thailand: 7 mei – 10 Jun
  • Vietnam: 12 Mei – 3 Jun

Pusingan Akhir Kebangsaan:

  • Filipina: 9 – 10 Jun
  • Indonesia: 19 – 20 Mei
  • Malaysia/Singapura: Akan Dimaklumkan
  • Thailand: 22 Jun
  • Vietnam: 16 Jun

Pusingan Akhir Kejohanan Rantau Asia Tenggara

  • 23-24 Jun di Thailand

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran bagi pusingan kelayakan setiap negara akan diumumkan pada masa terdekat ini oleh MET. Selain daripada MET, kejohanan ini turut sama ditaja oleh Asus ROG dan Intel dan disokong secara rasminya oleh PUBG Corp.

Leave a Comment