Rayz Dan Kirino Meninggalkan Kuala Lumpur Hunters

Kuala Lumpur Hunters, salah sebuah pasukan League of Legends ternama di Malaysia menerusi laman Facebook mereka telah mengumumkan bahawa Lee ‘Kirino’ Kaiwen dan Cheong ‘Rayz’ Kar Weng telah meninggalkan pasukan itu.

Kirino sebelum ini memegang posisi sebagai pemain gantian mid manakala Rayz bermain di posisis ADC. Kedua dua orang pemain tersebut menyertai pasukan KL Hunters pada pertengahan Disember 2017. Kirino berkata bahawa keputusan beliau meninggalkan pasukan itu adalah agi menyambung pelajaran ke peringat yang lebih tinggi.

Baca Juga :   Butiran Kejohanan Pertama Di Bawah Sea Tour, Conquerors Manila 2018 Diumumkan

Rayz pula tidak memberikan penjelasan terperinci mengenai keputusan beliau meinggalkan KL Hunters selain daripada berkata bahawa beliau mempunyai isu isu peribadi tersendiri yang memaksa keputusan ini diambil. Pada ketika ini, Kuala Lumpur Hunters tidak mengumumkan pemain yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kedua dua orang pemain ini.

Leave a Comment

%d bloggers like this: