ESL One Kembali Ke Bandaraya New York September Ini Untuk Tahun Ketiga Berturut-turut

8 pasukan terbaik Counter Strike Global Offensive bakal kembali ke bandar New York pada penghujung September ini. Seperti mana edisi sebelum ini, kejohanan ini juga akan diadakan bertempat di Barclay Arena, Brooklyn.

ESL One New York mempertaruhkan hadiah sebesar USD250,000 (~RM971,750), piala kejohanan dan kemenangan di bawah siri Intel Grand Slam yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD1 Juta (~RM3,887,000). Daripada 8 slot yang dipertandingkan, 5 daripadanya akan diisi oleh pasukan jemputan manakala baki 3 slot akan diisi oleh pasukan dari pusingan kelayakan.

Pentas utama kejohanan akan berlangsung pada 29 dan 30 September inimanakla pusingan kumpulan bermula pada 26 September. Selain daripada pertandingan utama,  kejohanan ini juga akan dihiasi dengan perlawanan persembahan khas dan sebuah perlawanan amatur. Dan seperti mana kejohanan ESL One lainnya, ia akan disiarkan secara rasmi melalui laman web rasmi ESL dan Facebook.

Leave a Comment