Senarai 10 Pasukan Jemputan Kejohanan China Dota 2 Supermajor Didedahkan

Senarai lengkap 10 pasukan yang dijemput terus ke kejohanan China Dota 2 Supermajor kini telah didedahkan. Pasukan paskan yang dijemput terus ke kejohanan yang bakal berlangsung pada 7 sehingga 10 Jun bertempat di Shanghai, China itu ialah Team Liquid, Virtus Pro, Team Secret, Newbee, Vici Gaming, VGJ.Thunder, Evil Geniuses, OG, Mineski dan Natus Vincere.

Berikutan kontroversi yang berlaku kerana para peminat mempersoalkan tindakan menjemput pasukan OG dan Evil Geniuses semalam, penganjur kejohanan PGL dan Perfect World menyatakan bahawa jemptan telah dilakuukan sebelum berlangsungnya kejohanan DAC 2018 dan mengikut kedudukan pasukan di papan pendahulu Dota 2 Pro Circuit ketika itu.

Baca Juga :   PPD, Zai, MiseRy Tubuh Pasukan Baharu

China Dota 2 Supermajor merupakan kejohanan terakhir bagi musim pertama Dota 2 Pro Circuit sebelum berlangsungnya penutup musim kompetitif Dota 2 iaitu kejohanan The International 2018. Ia menawarkan hadiah terbesar diantara kejohanan major yang berlangsung tahun ini iaitu USD1,500,000 dan 2250 mata kelayakan DPC.

Leave a Comment

%d bloggers like this: