Akses Kepada Permainan Vainglory Dihalang Di Rusia Akibat Peperangan Kerajaan Rusia Terhadap Telegram

Peperangan kerajaan Rusia terhadap aplikasi permesejan Telegram nampaknya memberi kesan terhadap pelbagai pihak di Rusia  termasuklah permainan Vainglory. Roskomnadzor, badan kawalselia komunikasi, teknologi maklumat dan media massa di Rusia dilaporkan telah menghalang akses kepada 5 juta alamat ip dalam usaha mereka menghentikan akses rakyat Rusia kepada aplikasi Telegram.

Penghalangan ini dilihat telah merangkumi alamat ip bagi syarikat Google dan Amazon menyebabkan pelbagai laman web dan aplikasi lain yang menggunakan servis mereka terjejas. Antara laman web dan aplikasi yang terjejas adalah Spotify, Microsoft 365, Viber Guild Wars 2, Vainglory dan Guns of Boom.

Baca Juga :   Twitch Dilihat Turut Terkesan Dengan Tindakan Kerajaan Rusia Menghalang Akses Jutaan Alamat IP

Peperangan Telegram dan kerajaan Rusia ini bermula apabila mereka tidak menuruti kehendak kerajaan Rusia yang mahu memiliki kunci penyulitan pengguna aplikasi tersebut. Pada ketika ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berkaitan penggantungan ini. Jika ia kekal berterusan, ia pasti menyusahkan pemain di negara tersebut terutamanya bagi pemain kompetitif Liga Vainglory bagi rantau Rusia.

Leave a Comment