Evil Geniuses Dan OG Dijemput Ke China Supermajor? Peminat Luah Rasa Kecewa Di Reddit

Laman subreddit r/dota2 kecoh selepas pasukan Evil Geniuses dan OG dikhabarkan menjadi pasukan yang dijemput terus ke kejohanan China Supermajor. Walaupun senarai pasukan jemputan kejohanan tersebut masih belum diumumkan secara rasmi, kapten pasukan OpTic Gaming, Peter “ppd” Dager menerusi laman Twitter beliau mendedahkan bahawa kedua dua pasukan tersebut telah dijemput oleh penganjur kejohanan tersebut iaitu PGL dan Perfect Worlds.

Only fitting that this DPC system embarrasses itself by ending with PGL/Perfect World inviting both @evilgeniuses who lost their last 2 NA qualifiers and @OGesports to the last and highest value major. OG isn’t even eligible for DPC points. Very disappointing…

— Peter Dager (@Peterpandam) April 16, 2018

Hal ini menyebabkan ramai peminat mempersoalkan keputusan ini terutamanya apabila kejohanan Supermajor ini merupakan kejohanan terakhir dan terbesar bagi musim pertama Dota 2 Pro Circuit. Dengan 2250 mata DPC dan USD1,500,000 menjadi taruhan, peminat berasa kecewa dengan pemilihan, terutamanya pasukan OG yang sepanjang musim ini mempamerkan prestasi buruk dan malah tidak lagi layak dijemput ke kejohanan The International 2018 selepas menukar pemain diluar tetingkap pertukaran rasmi.

Baca Juga :   Senarai 22 Kejohanan Major dan Minor Dota 2 bagi Musim 2017/2018 Didedahkan

Isu pasukan jemputan ini bukanlah kali pertama dibangkitkan selepas pengenalan Dota 2 Pro Circuit. Valve dilihat perlu memperbaiki panduan dan tatacara bagi memastikan pasukan yang dijemput adalah berpatutan dan layak menerimanya. Memandangkan setiap kejohanan Dota 2 Pro Circuit mempertaruhkan peluang untuk dijemput terus ke kejohanan The International, ia harus diperketatkan bagi memastikan slot pasukan jemputan ini tidak disalahgunakan oleh penganjur kejohanan.

Leave a Comment

%d bloggers like this: