Pemilik Pas Akses Penuh Liga Overwatch Akan Menerima 12 Skin Percuma Mei Ini

Awal bulan lalu, Liga Overwatch dan rakan penstriman rasmi mereka, Twitch telah memperkenalkan pas akses penuh khas kepada para peminat. Pas tersebut memberikan pelbagai kelebihan bagi menambahbaik pengalaman menonton siaran langsung perlawanan Liga Overwatch seperti bebas iklan, emote percuma khas, akses kepada Command Center, video atas permintaan (vod) bagi perkara disebalik tabir dan video analisis daripada para pemain Liga Overwatch yang digelar sebagai Behind The Screen.

Kini, menerusi mengumuman terbaru, para pemain yang membeli pas khas tersebut kini akan memperoleh 12 skin percuma bagi permainan Overwatch pada bulan Mei ini. Pemilik pas akan menerima 12 skin khas versi away untuk setiap satu pasukan Liga Overwatch.

Baca Juga :   Atlanta, Paris dan Guangzhou Dilaporkan Sah Akan Menyertai Liga Overwatch Musim Kedua

Pas berkenaan yang berharga USD29.99 (~RMRM122.02)  sah untuk digunakan sepanjang musim ini berlangsung. Kelebihan kelebihan pas berkenaan juga boleh diuji secara percuma sehingga 15 Mei ini. PAra pemilik akaun Twitch Prime juga boleh memiliki pas berkenaan dengan harga yang lebih rendah iaitu  USD20 (~RM77.60).

Leave a Comment

%d bloggers like this: