Liquid, Fnatic dan KaBuM! e-Sports Adalah Pasukan Terbaru Sah Tempat Di MSI 2018

Tiga lagi pasukan mengesahkan tempat di kejohanan Mid-Season Invitational 2018 iaitu pasukan Liquid, Fnatic dan KaBuM! e-Sports. Kedua pasukan Fnatic dan Liquid menjuarai liga LCS masing masing dimana pasukan Fnatic menewaskan pasukan G2 Esports di Eropah dan pasukan Liquid menewaskan pasukan 100 Thieves di liga Amerika Utara.

Ini juga merupakan kejuaraan split pertama pasukan Fnatic semenjak dari tahun 2015. Mereka mempamerkan prestasi cemerlang tanpa memberi peluang untuk pasukan G2 Esports bangkit di perlawanan akhir yang tamat engan keputusan 3-0 itu. Cerita yang hampir sama berlngsung di Amerika Utara apabila paskan Liquid tanpa belas kasihan turut sama menamatkan perlawanan akhir mereka dengan keputusan 3-0.

Pemain Fnatic, Martin “Rekkles” Larsson turut sama membawa pulang gelaran pemain terbaik bagi pusingan akhir dan split musim bunga secara keseluruhannya bagi ranta Eropah. Liga Amerika Utara pula menghadiahkan gelaran pemain terbaik perlawanan akhir mereka kepada pemain pasukan Liquid, Eugene “Pobelter” Park dan pemain terbaik musim bunga kepada pemain support Zaqueri “Apromoo” Black. 

Baca Juga :   Kesatuan E-sukan Antarabangsa Mengumumkan Permainan Yang Terpilih Bagi Kejohanan E-sukan Dunia Busan 2017

Bagi pasukan KaBuM! e-Sports pula, tidak seperti Liquid dan Fnatic, mereka terpaksa bekerja keras bagi membolehkan mereka mewakili Brazil di MSI 2018 selepas menerima tentangan hebat daripada pasukan Keyd Stars di perlawanan akhir liga CBLOL (Campeonato Brasileiro de League of Legends). Namun begitu, pasukan itu akhirnya berjaya menundukkan Keyd Stars dengan keputusan akhir 3 berbalas 2.

Leave a Comment

%d bloggers like this: