Fnatic : Adam 343 Ganti Pieliedie Di Kejohanan StarLadder ImbaTV Invitational Musim Ke-5

Menjelang tibanya kejohanan StarLadder ImbaTV Invitational Musim Ke-5, pasukan Fnatic mengumumkan bahawa jurulatih pasukan itu, Adam Erwann Shah “343” bin Akhtar Hussein bakal membarisi tempat Johan “pieliedie” Åström yang diturunkan ke bangku simpanan.

Menerusi pengumuman rasmi mereka, keputusan itu diambil bagi membolehkan keseragaman dan kata putus semasa bermain yang lebih baik dan lancar. Walaupun dikhabarkan pieliedie hanya akan menjadi pemain gantian buat sementara waktu, tidak dipastikan apakah perancangan beliau selepas ini sama ada untuk kekal bersama pasukan itu atau meninggalkannya.

Baca Juga :   Hellraisers Ambil Alih Pasukan Planet Dog

Prestasi pasukan itu tidaklah teruk terutamnya selepas pengambilan Universe bagi mengantikan Ohaiyo. Mereka berjaya memperoleh tempat ke-empat di kejohanan Major ESL One Katowice dan tempat kedua pada kejohanan Minor DreamLeague Musim Ke-9. Perubahan ini nampaknya mengesahkan bahawa mereka masih tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan itu dan mahukan keputusan yang lebih baik bagi mengesahkan tempat di Kejohanan The International 2018.

Leave a Comment