Bekas CEO Fire Dragoon Umum Penubuhan Organisasi E-sukan Baharu, FrostFire

Beberapa hari lepas arena e-sukan tempatan dikejutkan dengan pengumuman pembubaran oleh salah sebuah organisasi e-sukan popular di negara ini iaitu Fire Dragoon. Kini, selang dua hari dari pembubaran tersebut, bekas CEO Fire Dragoon, Jun Jin Kam atau lebih dikenali sebagai Fire Kam memperkenalkan organisasi e-sukan baharu yang akan diterajui beliau iaitu FrostFire. Berpengkalan di Selangor, organisasi ini turut sama dibarisi oleh Franky How, Pengarah Urusan Brightstar Computers sebagai salah seorang lembaga pengarahnya.

Menerusi pengumuman rasmi pertama organisasi tersebut di laman Facebook mereka, memberikan sokongan teguh kepada pasukan dibawah organisasi mereka akan menjadi matlamat utama FrostFire. Mereka akan memastikan peralatan dan keperluan para pemain terjamin bagi membolehkan para pemain tersebut mempamerkan prestasi terbaik mereka termasuklah dari segi pengurusan dan kejurulatihan.

Pasukan pertama yang akan bernaung dibawah organisasi baharu ini adalah pasukan Arena of Valor yang turut sama berpindah daripada Fire Dragoon. Pasukan AOV ini secara rasminya telah bermain di bawah nama FrostFire di kejohanan Kuala Terengganu BN Youth E-Sport Cup 2018 yang menawarkan hadiah keeluruhan berjumlah RM30,000.

Baca Juga :   Adam 343 Umum Sertai Fire Dragoon Bersama Ah Jit

FrostFire juga turut sama mengumumkan mereka terbuka untuk sebarang permohonan bagi menyertai bermain dibawah nama mereka. Mereka menyatakan bahawa platform PC dan mudah alih akan menjadi keutamaan mereka di FrostFire. Antara permainan yang akan difokuskan adalah PlayerUnknown’s Battlegrounds, Fortnite, Street Fighter V, Tekken 7 dan Clash Royale. Para pemain yang berbakat dan yakin mereka mempunyai skill dijemput menghantar permohonan untuk menyertai organisasi tersebut.

Diharap dengan penubuhan FrostFire ini bagi mengantikan Fire Dragoon, industri e-sukan negara dapat berkembang lagi dan semakin meriah. Sekalung tahniah diucapkan kepada FrostFire dengan pelancaran oragnisasi mereka. Semoga terus maju dan mampu mengharumkan nama negara di dalam arena e-sukan tempatan dan antarabangsa.

Sumber : GameHubs

Leave a Comment

%d bloggers like this: